Home » » Foto Anggota Tentera Kem Sungai Besi Ditemui Mati Tergantung

Foto Anggota Tentera Kem Sungai Besi Ditemui Mati Tergantung

Written By Azmy Klanajaya on 02/09/2014 | 6:46 pm




Kuala Lumpur – Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pagi ini.

Menurut laporan, mayat mangsa ditemui oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal daripada cawangan selenggaraan yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan rumah kosong di kawasan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Zuraidi Mohamad berusia sekitar 30-an, masih lengkap berpakaian uniform ketika ditemui tergantung di siling ruang tamu rumah tersebut.

Saksi kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan siasatan awal mendapati mangsa bertugas di Kem Sungai Besi.

Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.

SuaraTV ketika menghubungi pegawai penyiasat di balai tersebut gagal mendapatkan mendapatkan sebarang maklumbalas bagi tujuan pengesahan.


suara.tv
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger