Home » » Belumpun Seminggu, Azmin Tipu Sultan Selangor Kali Kedua

Belumpun Seminggu, Azmin Tipu Sultan Selangor Kali Kedua

Written By Azmy Klanajaya on 27/09/2014 | 12:05 am



Azmin tipu Sultan Selangor, tak sampai 24 jam di SINI

Penipuan Kedua ;

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju agar bilangan Exco PAS di dalam barisan Exco baharu negeri itu dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS negeri Selangor juga telah juga dimaklumkan oleh PAS Pusat yang turut tidak bersetuju dengan pengurangan itu.

"Kami juga berpandangan pengguguran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

"Kami merasakan bahawa tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairuddin mengulas pengumuman exco negeri yang baharu diumum Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang menyaksikan kerusi exco yang disandang wakil daripada parti PAS berkurangan daripada empat kepada tiga.

Dalam pada itu kata Mohd Khairuddin, PAS tetap mahu melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat.

"Sebelum ini Exco-Exco PAS telah kekal di dalam kerajaan demi memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak tumbang.

"Oleh yang demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dari Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang dilantik menjadi Exco berkata, dia menerima baik dan berpuas hati dengan pelantikan tiga Exco biarpun barisan kerusi yang disandang PAS berkurangan daripada empat ke tiga dalam barisan yang baharu.






Azmin Ali sebelum itu telah menafikan tindakan beliau mengurangkan kerusi exco PAS daripada empat kepada tiga bukan satu bentuk 'hukuman.

Diasak wartawan, sama ada PAS bersetuju dengan keputusannya itu, beliau berkata "setuju" tetapi tidak mengulas lanjut.

-celahgelegar

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger