Home » » Hari Pertama Azmin Ali Sudah Menipu Sultan Selangor

Hari Pertama Azmin Ali Sudah Menipu Sultan Selangor

Written By Unknown on 26/09/2014 | 12:12 am

Dari MyKMU
Dato Menteri Besar Selangor Azmin Ali, sebentar tadi menafikan bahawa pengagihan kuota EXCO mengikut parti kekal seperti sebelum ini.
“Laporan media mengenai pengagihan kuota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan. #fb” kata Azmin melalui akaun Twitternya.
azmin-nafi
Kenyataan ini menimbulkan tanda-tanya adakah Azmin Ali menipu Tuanku Sultan Selangor ketika meminta perkenan senarai EXCO baharunya petang tadi?
Petang tadi beliau telah pun menghadap Sultan Selangor bagi mempersembahkan senarai EXCO yang akan dilantik esok.
Malah ketika ditemui oleh pemberita selepas menghadap Tuanku Sultan, Azmin dipetik berkata beliau bersyukur Tuanku menerima cadangan nama EXCO yang beliau kemukakan.
Beliau juga menyatakan barisan EXCO kekal “10 orang (exco). Komposisi kekal,” kata beliau sebelum mengangguk apabila ditanya wartawan apakah ia bermaksud 4(PAS):3(PKR):3(DAP).
Beliau berkata demikian sejurus selepas keluar dari Istana Mestika bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mempersembahkan nama calon yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat beberapa jam sebelum itu.
Jika telah diperkenan Tuanku petang tadi, mengapa Azmin mendakwa ia masih dalam rundingan dengan parti-parti lain dan belum dimuktamadkan?


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger