Home » , » ADUN perlu berbaris Kawad Merdeka Setiap 31 Ogos

ADUN perlu berbaris Kawad Merdeka Setiap 31 Ogos

Written By Unknown on 01/09/2014 | 11:26 pm


Aakj tertarik dengan cadangan dari sahabat media alternatif, ashamsuri :

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sesuatu yang dekat dengan kita pada setiap kali perayaan sambutan kemerdekaan negara ialah pagi pagi hari 31 Ogos itu akan ada siaran langsung perbarisan kemerdekaan di kaca TV. Saya tidak pasti jika ia masih lagi ada sekarang, cuma waktu kecil kecil dulu, abah pasti akan pastikan semua anak anaknya menonton perbarisan tersebut. Sekarang saya lebih banyak menonton secara live di lokasi lokasi ibu negeri kerana pastinya ia menjadi rutin yang wajip pada setiap tahun.

Namun, perasan kah kita, setiap tahun akan ada belbagai agensi dan jabatan yang turut serta menyertainya. Maka akan kelihatan juga muka muka yang sama mengambil bahagian. Dan paling nyata, ia memang melibatkan jawatan jawatan rendah di jabatan masing masing. Jarang kita nampak perbarisan di ketuai oleh Pegawai Daerah, atau SUB Jabatan. Jauh sekali lah nak lihat Menteri yang berbaris.

Apa salahnya jika mekanisme ini diubah. Menanamkan rasa kecintaan kepada negara bukan hanya untuk golongan bawahan. Semua orang perlu terbabit. Saya faham, mereka yang berjawatan tinggi tiada masa untuk turun latihan dan sebagainya. Jangan jadikan ini medan untuk menjadi juara kawad. Tapi jadikan ini medan untuk menjadi contoh tauladan kepada bawahan anda, dan pada masa yang sama bergerak dalam satu unit. Kalah bertanding kawad merdeka tidak mengapa asalkan kita menang dengan semangat patriotisme yang tinggi.

Paling yang saya mahu lihat ialah, adanya 1 pasukan yang dibarisi oleh ADUN ADUN dalam negeri terbabit. Adun Kerajaan dan Adun Pembangkang berbaris dan melakukan lintas hormat dalam 1 pasukan yang sama. Memelihara serta memupuk erti kemerdekaan perlu melangkaui batasan fahaman politik. Rakyat pasti bangga dan teruja melihat perkara ini.

Apa salahnya pendekatan ini diubah dan diberi suntikan suntikan baru dalam persembahan pagi 31 Ogos setiap tahun. Percaya cakap saya, rutin yang sama setiap tahun akan menyebabkan nilai sambutan itu seperti pudar dan malap. Ayuh para ADUN, buktikan! Biarlah langkah kawad itu lintang pukang pun, yang penting kamu menjadi contoh kepada rakyat bahawa negara ini Malaysia, milik kita semua. Tanggung jawap itu terletak pada kita.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger