Home » » "Abang Ajak Main Doktor-Doktor.."

"Abang Ajak Main Doktor-Doktor.."

Written By Unknown on 21/09/2014 | 12:42 pm

Walaupun baru berusia 14 tahun, tetapi seorang remaja lelaki sudah pandai mengadakan hubungan seks dengan adik perempuannya berusia 12 tahun, sejak setahun lalu.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu.“Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan ‘doktor-doktor’ sebelum merogolnya,” katanya.

Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan.

“Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu.

“Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol,” kata penjagapusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut.Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK)-webberita

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger