Home » , » "Video Selfie" Anak Gadis Yang Meruntun Hari Ibu...

"Video Selfie" Anak Gadis Yang Meruntun Hari Ibu...

Written By Unknown on 31/08/2014 | 3:05 pm

TAHUN lalu jika anda masih ingat video pasangan kekasih yang juga budak sekolah beraksi romantis di sebuah taman memang hangat diperkatakan di laman-laman sosial.
Walaupun kisah ini sudah lama berlalu, mungkin boleh dijadikan pedoman buat para ibu bapa di luar sana, agar sentiasa mengawasi pergaulan dan pergerakkan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Sejak video itu tersebar, ibu kepada gadis dalam video tersebut mengakui agak tertekan dengan tohmahan orang di luar sana yang membuat dakwaan anaknya sebagai seorang gadis liar.
Memetik laporan Harian Metro sebelum ini , si ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Rohani, 36, berkata dia tahu hubungan anaknya yang berusia belasan tahun itu dengan lelaki dalam video tersebut namun tidak menjangkakan mereka akan bertindak sejauh itu.

“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet.

“Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan,” katanya.
Hmm, tak tahu nak cakap macam mana, budak zaman sekarang memang ada yang nampak baik depan ibu bapa, tapi bila kat belakang mereka, terus bertukar personaliti, bak kat orang pijak semut tak matilah depan ibu bapa.
Tapi, apa-apa pun memang sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memantau pergaulan anak-anak agar mereka tidak hanyut dek nafsu serta terpengaruh budaya-budaya kuning dan tak elok yang semakin melanda remaja Malaysia pada masa kini.
Buat adik-adik di luar sana, sekiranya mahu melakukan suatu perkara yang boleh menconteng arang ke muka kedua ibu bapa, ingatlah wajah-wajah mereka yang telah bersusah payah membesarkan anda, takkah mereka malu sekiranya perbuatan ‘terkutuk’ anak dijadikan modal oleh orang luar untuk menghina mereka?
Fikir-fikirkanlah.. – MYNEWSHUB.MY

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger