Home » , » Pasukan Sukarela Guan Eng Banyak Jasa Pada Penduduk- Anjing Pakatan Haram

Pasukan Sukarela Guan Eng Banyak Jasa Pada Penduduk- Anjing Pakatan Haram

Written By Unknown on 31/08/2014 | 2:37 pm


Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan P.Pinang Untuk Edaran Segera

AMK P.Pinang kesal dan mengutuk tindakan PDRM yang membuat tangkapan Pasukan Peronda Sukarela pada sambutan hari Kemerdekaan selepas aktiviti dijalankan di sini pagi tadi.Ini juga mengugat keharmonian ketika hari kemerdekaan sedang dinikmati semua rakyat.

AMK P.Pinang juga mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela PPS yang di tubuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bertaraf state agencies.

Penahanan mereka membuktikan sekarang ini pihak polis tidak peka kepada mereka yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah dalam semua hal ehwal keselamatan di kampung-kampung serta taman perumahan dalam membantu PDRM mengawal jenayah serta kebajikan penduduk setempat.

Bahkan untuk pengetahuan Datuk Seri Ketua Polis Negara, Jawatankuasa Keselamatan Kebajikan Kampung (JKKK) juga pertubuhan yang tidak berdaftar, adakah mereka juga pertubuhan haram? PDRM jangan hanya menjadi agen pada UMNO/BN ketika kegagalan JKKKP tidak dapat mengambil hati masyarakat setempat. PDRM sepatutnya membantu Pasukan Peronda Sukarela untuk bekerjasama dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Justeru itu Angkatan Muda Keadilan P.Pinang mendesak supaya pihak PDRM membebaskan mereka segera tanpa syarat.

Aidil Ibrahim
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan P.Pinang
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger