Home » » Sudah Hampir 6 Bulan MH370 Hilang...Allahhuakbar

Sudah Hampir 6 Bulan MH370 Hilang...Allahhuakbar

Written By Unknown on 23/08/2014 | 9:15 am

Ketika seluruh negara berkabung untuk rakyat Malaysia terkorban dalam Penerbangan MH17 semalam, ahli keluarga penumpang Penerbangan MH370 yang hilang lebih 5 bulan lalu merayu kepada Putrajaya agar tidak melupakan 239 penumpang yang hilang tanpa kesan itu.‎

Lee Khim Fatt, suami kepada pramugari Penerbangan MH370 Foong Wai Yueng berkata, pencarian pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing ketika hilang dari radar pada 8 Mac lalu tidak seharusnya dihentikan kerana Putrajaya masih belum menemuinya, tidak seperti MH17 – ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas.

“Dalam masa dua minggu lagi, genap 6 bulan semenjak MH370 hilang. Kami turut bersedih bersama-sama keluarga mangsa MH17 kerana kehilangan orang tersayang. Sekurang-kurangnya mereka menemuinya berbanding kami yang masih belum menemui apa-apa.

“Ahli keluarga anak kapal yang saya sendiri bercakap dengan mereka dan diri saya berharap kerajaan tidak hilang tumpuan untuk mencari MH370 dan pelaku tragedi MH17,” kata ayah kepada dua orang anak itu kepada The Malaysian Insider.

Penerbangan MH17 ditembak jatuh di Ukraine semasa sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai, menyebabkan 298 termasuk 15 anak kapal terbunuh.

Lee berkata mereka tidak cemburu dengan cara mangsa Penerbangan MH17 dilayan, diberikan upacara perkabungan negara ketika mayat mangsa tiba di Malaysia semalam kerana mereka sememangnya layak menerimanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri-menteri Kabinet dan ahli-ahli Parlimen menghadiri upacara perkabungan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, dan seluruh negara bertafakur selama seminit menyambut kepulangan 20 mayat pertama ke Malaysia, daripada 43 mayat rakyat Malaysia yang terbunuh dalam nahas itu.

Daripada 20 yang tiba semalam, 9 merupakan anak kapal pesawat MAS dan selebihnya merupakan penumpang.

Rakyat Malaysia berpakaian hitam semalam, bendera kebangsaan dikibarkan separuh tiang, perniagaan, agensi kerajaan dan rakyat di seluruh negara diminta untuk mengurangkan aktiviti bagi sebagai menghormati upacara itu.

“Ini merupakan satu lagi tragedi yang menimpa Malaysia. Mereka, sama seperti orang yang kami sayang, tidak bersalah.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger