Home » » Kisah 18XX Pelajar Tingkatan Satu

Kisah 18XX Pelajar Tingkatan Satu

Written By Unknown on 23/08/2014 | 2:02 am

Semasa turun dari tangga, beberapa orang pelajar memanggil .. (mereka semua pelajar lelaki tingkatan 1)

“cikguuu .. cikgu .. ni Aznan ni cikgu .. dia tak bersunat lagi cikgu ..” ujar seorang pelajar sambil ketawa.  4 orang pelajar lain yang duk bersama turut ketawa.

“hah! biar betul ni?” aku senyum. Nak tergelak juga tengok gelagat mereka.

“Cikgu tanyalah dia cikgu ..” kata seorang pelajar lagi.

Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum bersunat’ lagi tu. Pelajar itu buat dhek je dengan usikan kawan-kawannya. Matanya memandang aku.  

“Betul ke belum bersunat ni? Jom ikut cikgu. Ada gunting dalam bilik cikgu .. tumpul sikit tapi masih boleh guna” Aku sengaja bergurau.  Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum bersunat’ tu kelihatan serba salah. Dia tak berganjak dari tempat duduknya, Matanya terus memandang aku.

“Mari ikut cikgu jap”, aku panggil pelajar ‘belum bersunat’ tersebut.

“Nama apa? Tingkatan?”

“Aznan. Tingkatan 1 ..”

“Aznan ni tinggal kat mana? Ayah nama apa?” aku bertanyakan soalan lagi.

“Tinggal kat Kampung Pasir cikgu ..  ayah .. Ibrahim ..”

“Ibrahim .. anak Mak Tua? Abang nama Ropi?” aku meneka.

“iya cikgu ..”

“ooo cikgu kenal. Cikgu selalu juga duk minum dengan ayah .. kedai Nuar”

“Ni cikgu nak tanya .. betul ke belum bersunat lagi ni?”

“iya cikgu .. belum lagi ..”

“ishh .. dah tingkatan 1 ni .. kenapa belum bersunat lagi? Takkan nak tunggu naik tingkatan 3. Payah nanti”

Pelajar tersebut diam ..

“Ayah tak oyat ke .. tak sebut ke hal-hal sunat ni” aku bertanya lagi.

“Tak cikgu ..”

“Okey .. balik bagitau kat ayah .. Aznan nak bersunat. Mungkin ayah tak ingat ke apa ke?”

“iya cikgu ..”

Aakj : hehehe nak hilangkan stress jap

Sumber

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger