Home » » Sebar Segera : Tabung Gaza Palsu

Sebar Segera : Tabung Gaza Palsu

Written By Unknown on 21/08/2014 | 12:31 am



Orang ramai dinasihatkan agar tidak tertipu dengan taktik satu kumpulan yang dipercayai cuba mengambil kesempatan mengutip derma ditempat-tempat awam dengan tujuan untuk mengisi tabung bantuan kemanusiaan di Gaza.

Kumpulan terbabit mula dikesan menggunakan taktik seperti itu sejak akhir-akhir ini dan pergerakan mereka boleh dilihat di kawasan tumpuan umum terutama dipusat beli-belah, di hadapan bank-bank dan banyak lagi.

Difahamkan, ahli dalam kumpulan itu telah diupah untuk melakukan kerja itu.

Aktiviti kumpulan terbabit kini menjadi perbualan ramai dan turut hangat diperkatakan di dalam laman sosial Facebook.

Beberapa pengguna menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kumpulan terbabit yang turut dilihat mencurigakan.

Kumpulan berkenaan dikatakan menggunakan modus operandi dengan membawa sebuah kotak yang digantung pada leher serta tertera gambar-gambar penderitaan rakyat di Gaza bagi menarik simpati.

Bagi menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadap aktiviti yang dilakukan ahli kumpulan terbabit turut mengedarkan risalah.

Seorang pengguna Facebook, Mat Taiko menceritakan pengalamannya dihampiri oleh seorang ahli kumpulan itu di sebuah bank di Bandar Baru Sungai Buloh yang kemudian telah bertindak melarikan diri apabila gambarnya diambil.

Menurutnya, ahli kumpulan terbabit yang merupakan seorang wanita mempersoalkan tindakannya mengambil gambar dirinya itu dan kemudian marah-marah.

Dia memberitahu, gambar tersebut akan diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diambil tindakan.

Pengguna Facebook itu juga turut mempersoalkan tindakan wanita terbabit yang melarikan diri apabila gambarnya diambil dengan menyatakan tidak perlu untuk takut sekiranya apa yang dibuat itu benar.

Sementara itu, Aqsa al Syarif dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantiknya bagi mengutip derma tidak akan berbuat demikian di kawasan awam.

Justeru, ia merayu orang ramai membuat laporan polis sekiranya terdapat aktiviti yang meragukan.


sumber

poster hiasan


Baca juga :


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger