Home » » Sam Ketot Yakin Anwar Meliwat & Bersedia Huru Harakan Malaysia

Sam Ketot Yakin Anwar Meliwat & Bersedia Huru Harakan Malaysia

Written By Unknown on 23/08/2014 | 11:47 am

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin  membayangkan Kongres Tahunan parti itu kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Oktober atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.

Shamsul berkata, tindakan berkenaan adalah kezaliman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang bakal mencetuskan kebangkitan "Reformasi" seperti pada 1999 ketika ketua pembangkang itu dipenjarakan.

"Itu adalah resepi kemarahan rakyat, bagaimana reformasi bermula, rakyat marah," katanya dalam ucapannya sempena Kongres Tahunan Ke-10 Pemuda PKR di Shah Alam hari ini.

"Tindakan zalim seperti ini, BN akan menghadapi tindakan sukar, protes besar-besaran akan kita gerakkan," katanya, menambah tindakan menghukum Anwar itu bercanggah dengan "citarasa politik" masa kini.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, beliau bukan bertujuan menekan Mahkamah Persekutuan, sebaliknya hanya meminta sistem penghakiman meneliti dokumen perbicaraan dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman.

"Bukan kita mahu beri tekanan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi mereka perlu teliti dengan lengkap dokumen Mahkamah Tinggi," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Aakj : Yakin Anwar ke penjara atau nak tunjuk berani depan ahli? ANDA semua nilai sendiri apa yang babi ni cakap...tajuk aakj tu berupa soalan...tuihhh

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger