Home » » Polis Masih Siasat Kes Anak Cina Bangsat?!! MASIH !!!!!! MASIH!!!!

Polis Masih Siasat Kes Anak Cina Bangsat?!! MASIH !!!!!! MASIH!!!!

Written By Azmy Klanajaya on 03/08/2014 | 3:03 pm

Tindakan masih boleh diambil terhadap seorang lelaki yang mengeluarkan kata-kata hinaan di laman sosial Facebook (FB) kerana tidak berpuas hati apabila bacaan ayat al-Quran menerusi pembesar suara pada awal pagi mengganggu tidurnya, walaupun dia sudah memohon maaf dan memadamkan status itu.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datin Asmawati Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara itu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti pemilik akaun FB berkenaan.

“Jika didapati bersalah dia boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

“Walaupun dia sudah memohon maaf namun tindakan sewajarnya akan tetap dikenakan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lelaki itu dipercayai memuat naik status berkenaan menerusi akaun FB di bawah nama Kelvin Yip kerana tidak berpuas hati ayat suci dibaca pada sekitar jam 6.45 pagi.

Menerusi status itu, lelaki terbabit meminta umat Islam membaca doa kepada Allah tanpa menggunakan pembesar suara kerana merasakan ia menjengkelkan.

Kenyataan lelaki itu menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial beragama Islam sehingga mengecam perbuatan yang dianggap mengganggu sensitiviti masyarakat.

Selepas status itu menjadi viral di Internet, lelaki terbabit kemudian meminta maaf terhadap orang ramai menerusi akaun FB miliknya dan memadamkan status itu.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan hari ini menyarankan agar tindakan setimpal dikenakan ke atas lelaki itu.

“Lelaki itu masih perlu dikenakan tindakan walau pun sudah meminta maaf atas tindakannya memuat naik status berbaur hinaan di FB yang turut menimbulkan kemarahan masyarakat.

“Lelaki yang menggunakan nama Kelvin Yip di FB itu masih boleh didakwa untuk memberi pengajaran,” katanya.

Dalam kenyataannya itu, Khairy turut membandingkan kes terbabit dengan kejadian membabitkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau dikenali sebagai Kiki, yang tetap didakwa di mahkamah walau pun sudah meminta maaf atas perbuatan khianat ke atas seorang warga emas dalam kemalangan jalan raya.

“Kiki minta maaf tapi kena dakwa (dan sememangnya patut). Yang ini pun kena dakwa. Kasi ajar sikit, biar muktamad. Bertindak tegas dan cepat pada siapa saja tak kira kaum,” katanya di laman FB.

Mahkamah Seksyen Kuantan pada 22 Julai lalu memerintahkan Siti Fairrah menjalankan khidmat masyarakat selama 240 jam dan membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah atas kesalahan khianat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kiki mengaku bersalah mengetuk bahagian depan bonet dan cermin depan kereta milik Sim Hiak Hong, 68, dengan menggunakan pengunci stereng kereta sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM500. – Harian Metro

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger