Home » , » Menteri Besar Selangor : Pas Turut Derhaka Pada Sultan

Menteri Besar Selangor : Pas Turut Derhaka Pada Sultan

Written By Unknown on 28/08/2014 | 11:58 am

Photo: Hehhh

PAS Selangor hari ini tetap dengan keputusannya untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon menteri besar baharu Selangor.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR untuk menjawat kedudukan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana menteri besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Jadi kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri di Shah Alam, malam tadi.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Chempaka Iskandar Abdul Samad dan setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Ditanya bila PAS akan menghantar senarai calon menteri besar baharu kepada Istana Selangor, Mustafa berkata perkara itu akan dilakukan sebelum Rabu depan.

"Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti," katanya.

Sementara itu, Mustafa berkata mesyuarat malam ini tidak ada menyentuh tentang isu menteri besar.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan menteri besar kepada ahli PAS Selangor," katanya.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. – Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger