Home » » Foto Abby Ke Balai Polis Buat Aduan Terhadap Bekas Suami?

Foto Abby Ke Balai Polis Buat Aduan Terhadap Bekas Suami?

Written By Unknown on 28/08/2014 | 11:49 am

Abby Abadi buat laporan polis terhadap bekas suami?

Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, seringkali menjadi tumpuan pengikut laman sosialnya semenjak dirinya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sehinggalah mereka berdua disahkan bercerai.

Punca Sebenar Abby Abadi Buat Report Polis

Menurut laporan portal OhBulan!, foto yang menunjukkan laporan polis itu diyakinkan lagi dengan kapsyen Abby yang seakan-akan ditujukan khas buat bekas suaminya itu.

"Buat yang berkenaan, laporan polis telah dibuat. Saya terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dari dot dot dot... Siapa? Biarlah saya rahsiakan dulu buat masa ini ya," ujar Abby di laman sosial berkenaan.

Dalam pada itu, Abby turut menyatakan dirinya sudah pun memberi peluang dan ruang kepada individu terbabit, namun panggilan yang dibuat dan mesej yang dihantar tidak berbalas.

Mungkin benar ia ditujukan buat Farhan atau sebaliknya? Pastinya masalah terbabit serius dan besar sehingga laporan polis telah difailkan oleh bekas pelakon drama "Gerak Khas" ini.

Walaubagaimanapun, semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan diharapkan Abby bersabar dengan dugaan yang datang terhadap dirinya yang kini berstatus ibu tunggal.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger