Home » , » #MalaysiaBerkabung : Ada Lagi Manusia Yang Hina Kepulangan Mereka !!

#MalaysiaBerkabung : Ada Lagi Manusia Yang Hina Kepulangan Mereka !!

Written By Unknown on 22/08/2014 | 2:30 pm






Tindakan seorang pengguna Facebook memuat naik status mempertikaikan tindakan Kerajaan membuat acara penghormatan besar-besaran kepulangan Jenazah MH17 dikecam oleh orang ramai.

Siti Nabilah menganggap ianya satu tindakan yang tidak masuk akal kerana ia menyerupai orang kristian berkabung. 



Bagaimanapun, salah seorang pengguna Facebook, Rozee Zakaria membidas kenyataannya seperti di bawah:

Kerajaan membuat acara penghormatan besar-besaran kerana mereka semua adalah mangsa-mangsa yang tidak berdosa. Tidak salah kalau kita sebagai rakyat Malaysia turut memberi penghormatan terakhir buat mereka selagi tidak melanggarhukum syarak dan tiada halangan dan paksaan buat yang tak nak ikut serta dalam hari perkabungan sama ada dari segi pemakaian atau pun bertafakur. Itu semua terpulang pada individu.

Cuma bayangkan kalau ada antara ahli keluarga kita terlibat dalam tragedi MH17. Jenazah dah dibawa pulang setelah hampir sebulan menanti dengan penuh sabar, sekurang-kurangnya dengan apa yang dibuat pihak kerajaan Malaysia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan kesedihan mereka. Tentunya keluarga lebih rasa dihargai.

Demikianlah penjelasan dari Rozee Zakaria, harap dapat memjawab persoalan bagi sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan kerajaan.

Tetapi, dalam kekecohan tersebut, ada juga yang melemparkan komen yang menggelikan hati.



sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger