Home » » #MalaysiaBerkabung : Jenazah Rahimah Dalam Keadaan Sempurna

#MalaysiaBerkabung : Jenazah Rahimah Dalam Keadaan Sempurna

Written By Unknown on 22/08/2014 | 2:08 pm



"Jenazah itu sempurna seperti dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kami berdoa setiap kali sujud ketika bulan Ramadan hingga sekarang, sempurnakanlah jenazah kakakku, Ya Allah supaya boleh dibawa pulang dan disemadikan di sini," katanya kepada Bernama di kediaman keluarga beliau di sini.

Noorlin berkata kakaknya melahirkan hasrat untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama-sama keluarga selepas lebih 30 tahun berada di luar negara.

"Dia nak sangat pulang berhari raya dengan adik-beradik di Ipoh di rumah mak. Jadi kami akan sampaikan hajat dia, bila dia sampai sini, kami akan menyembahyangkan jenazah," katanya.

Beliau berkata Allahyarham juga ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti rambutan dan manggis serta masakan kampung iaitu sambal, sayur Terung Belanda dan pucuk ubi.

"Dia memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia macam mak saya selepas mak dan ayah meninggal dunia. Kak Nyah (Noor Rahimmah) terlalu ambil berat mengenai kami adik-beradik, nak dengar suara dia yang kasar pun susah. Dia jarang marah, kalau dia marah, cakap dia pun masih lembut lagi," katanya.

Sementara itu, Yang Jamaliah, 67, kakak sulung Allahyarham, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai adiknya.

"Kami tahu berita kehilangannya ketika berita kapal terbang terhempas disiarkan di televisyen. Selepas dipastikan, memang adik saya berada di dalam pesawat MH17. Bila kami dapat tahu, kami juga buat tahlil untuk arwah," katanya.

Beliau berkata Noor Rahimmah meninggalkan dua anak iaitu Ann Rahimah dan Johan masing-masing berumur 20-an.

Noor Rahimah pernah bertugas sebagai setiausaha di Kedutaan Malaysia di Jerman selain penterjemah di Geneva, Switzerland selepas mendirikan rumah tangga dengan Hipo-Litoner, 70-an.

Yang Jamilah berkata Allahyarham juga menguasai tiga bahasa asing iaitu Jerman, Perancis dan Sepanyol, katanya.

Pengebumian jenazah Noor Rahimmah akan dilakukan di tanah perkuburan milik keluarga mereka di Kampung Masjid Lama, Tambun, katanya.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger