Home » , » Kerusi Menteri Besar Hanya Untuk PKR - Anwar

Kerusi Menteri Besar Hanya Untuk PKR - Anwar

Written By Unknown on 27/08/2014 | 7:21 pm

Photo: Hehhh

Anwar Ibrahim hari ini berkata kerusi Menteri Besar Selangor adalah

milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat

Pakatan Rakyat.


"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat

Pakatan Rakyat," katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan

mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Anwar berkata PAS juga turut serta dalam proses membuat keputusan ketika

mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi

Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos," katanya.

Anwar berkata demikian di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger