Isu melibatkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) dan pengarahnya Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman turut mendapat perhatian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman dalam twitnya membidas UMCEDEL yang disifatkan sering membuat forum dan kaji selidik yang berat sebelah.
-"Abdul Rahman Dahlan @mpkotabelud
Apa kaitan kebebasan akademik dengan "hobi" menganjur pungutan suara atau kajian sikap? #UMICEDEL"
Keputusan menyingkirkan Dr Mohammed Redzuan itu mendapat perhatian bekas ahli MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sebagai respon dari penyingkiran itu, Saifuddin mengambil keputusan meletakkan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya (UM) dan mempertahankan UMCEDEL.
Saifuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menambah arahan tersebut datang daripada pihak tertentu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“Saya tahu cerita ini sejak awal (melalui beliau dan VC UM) dan Prof Redzuan terima kedua-dua keputusan ini dengan berlapang dada dan atas prinsip kebebasan akademik dan solidariti dengan beliau (Prof Redzuan), saya meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM hari ini,”
Post a Comment