Home » » Pulau Pinang Terkini : "Virus Babi" , Seorang Murid Koma

Pulau Pinang Terkini : "Virus Babi" , Seorang Murid Koma

Written By Unknown on 01/07/2014 | 10:06 am

Maaf aakj guna istilah mudah..JE ni virus dari babi..so..virus babi lah..nama saintifik tu JE..kalau sebut betul nama tu..tergeliat lidoh huhu tuih!!

TASEK GELUGOR: Seorang murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selamat sah dijangkiti virus ensefalitis Jepun (JE).

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan perkara itu dan murid berusia 12 tahun itu kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital di Bayan Baru dekat sini.

"Kita telah menerima laporan perubatannya dan ujian terhadap air tulang belakang yang dijalankan oleh hospital berkenaan mendapati murid itu positif JE," katanya.

Pada Ahad, sebuah stesen televisyen melaporkan bahawa budak lelaki itu dijangkiti JE berada dalam keadaan kritikal dan koma.

sumber

Keadaan longkang yang berwarna hitam kehitaman berhampiran kandang khinzir di Parit Sekolah, Kampung Selamat di Tasik Gelugor. Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengesahkan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, di sini dijangkiti ensefalitis Jepun (JE) dan sedang dirawat di sebuah hospital di Bayan Baru, dekat sini. Foto BERNAMA

Share this article :

+ comments + 1 comments

7/01/2014 10:50 am

Pindahkan saja ladang BABI dikawasan majoriti penjamah-penjamah daging ini. Apa pemimpin (ADUN) melayu kawasan itu buat ? Mereka mendapat merasakan keenakkan daging babi, orang melayu Islam kawasan itu, dapat menyedut keharuman bau dan penyakit. Kita tidak boleh bertolak ansur lagi kepada penjamah-penjamah daging BABI ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger