Home » » Tanah Dirampas Kerajaan : Foto 7 Sekeluarga Nekad Bunuh Diri

Tanah Dirampas Kerajaan : Foto 7 Sekeluarga Nekad Bunuh Diri

Written By Azmy Klanajaya on 23/07/2014 | 8:57 am


Cubaan bunuh diri beramai-ramai selepas pihak berkuasa cuba merobohkan rumah mereka.

GARA-gara berang dengan tindakan pihak berkuasa merampas tanah dan merobohkan kediaman mereka, sebuah keluarga dari Beijing, China bertindak melakukan percubaan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum racun perosak di luar ibu pejabat syarikat sebuah akhbar.

Sekumpulan dua wanita dan lima lelaki dari wilayah Jiangsu melakukan bantahan selepas kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka dirobohkan lima tahun lalu dan tidak pernah diberikan apa-apa pampasan sebagai balasan.

Saksi kejadian berkata kepada Daily Mail, dia melihat bagaimana kumpulan itu menjerit menuntut keadilan sebelum mengeluarkan botol plastik dan minum kandungan cecair serta jatuh ke tanah sambil memegang leher dalam keadaan kesakitan.

"Saya dengar mereka jerit tuntut keadilan tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Kemudian mereka minum sesuatu dan rebah dengan mulut berbuih. Situasi itu adalah sangat mengejutkan," katanya.

Difahamkan, sebelum cubaan bunuh diri mereka ada mengedarkan risalah dan poster dalam usaha untuk mendapatkan sokongan dan bantuan, namun usaha mereka gagal dan menyebabkan mereka mengambil jalan terakhir iaitu mengadakan demonstrasi di luar pejabat akhbar China Youth Daily.

Polis memaklumkan, empat daripada mereka kini semakin stabil manakala tiga yang lain berada dalam keadaan kritikal. - Sinar Harian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger