Home » » Disangka Monyet, Lelaki Ditembak Mati

Disangka Monyet, Lelaki Ditembak Mati

Written By Unknown on 23/07/2014 | 10:10 am



Serian: Seorang lelaki yang disangka monyet maut ditembak dengan senapang patah di atas pokok langsat oleh rakannya di sebuah dusun buah-buahan di Kampung Tubi Mawang, Tebedu, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, polis bersama penduduk kampung mengambil masa sejam untuk menurunkan mayat Bungkau Kakok, 42, (gambar) yang tersangkut pada ketinggian sembilan meter.


Mangsa disahkan mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada dan mayat dihantar ke Hospital Serian untuk bedah siasat.


Tanpa pengetahuan rakan


Sumber berkata, berkata mangsa dipercayai memanjat pokok langsat berkenaan untuk mengambil langsat tanpa pengetahuan rakannya yang meronda di dusun terbabit.


“Dalam keadaan cuaca semakin gelap, rakan mangsa menyangka Bungkau adalah monyet apabila melihat pokok itu bergoyang dan buah langsat jatuh.


“Rakan mangsa membidik senapang patahnya ke arah pokok dan melepaskan tembakan sebelum mendengar suara orang mengerang kesakitan di atas pokok,” katanya, di sini.
Katanya, seorang penduduk kampung yang berada berhampiran menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serian, D eputi Sup erintendan Chung Aik Peng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menahan seorang lelaki berusia 74 tahun bagi membantu siasatan.


“Polis turut merampas selaras senapang patah, kelongsong peluru, peluru hidup dan pakaian dipakai suspek di rumahnya kira-kira jam 8.15 malam pada hari kejadian.


“Dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger