Home » » Sibu Terkini ; Hubungan Sulit, Isteri Reka Cerita Diculik

Sibu Terkini ; Hubungan Sulit, Isteri Reka Cerita Diculik

Written By Unknown on 09/07/2014 | 1:19 am

Sibu: Bimbang rahsia curangnya terhadap suami terbongkar, seorang isteri bertindak mereka-reka cerita dengan membuat laporan palsu kepada polis mendakwa dirinya diculik, semalam.


Wanita berusia 30-an yang mempunyai tiga anak dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain itu,dikatakan tampil membuat laporan polis di sini sambil ditemani seorang rakan wanitanya sekitar jam 6 pagi.

Dalam laporannya itu, dia mendakwa diculik oleh empat lelaki yang tidak dikenali.Suspek mendakwa, empat lelaki turun dari sebuah van lalu menariknya dan rakannya pada jam 11 malam kelmarin di Jalan Apollo, di sini dan terus memecut lari membawa mereka.

Suspek memberitahu polis bahawa dia diikat di pergelangan tangan sambil mata dan mulutnya ditutup oleh penculik terbabit.

Bagaimanapun, suspek berkata penculik terbabit kemudian menurunkannya di Pintu Gerbang Sibu tetapi tidak melepaskan rakannya.


Sejurus selepas itu, suspek difahamkan berjalan kaki ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis bagi melaporkan ‘penculikan’ terbabit.

Dia mendakwa rakannya itu terus dilarikan dan hanya dia sahaja yang dilepaskan penculik. Selepas menjalankan siasatan lanjut, polis mendapatirakannya selamat dan tidak seperti yang dilaporkannya.
Dikatakan suspek mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain pada malam Sabtu dan tidak pulang ke rumahnya. Disebabkan tidak pulang ke rumah dan berasa bimbang suaminya mengesyaki kecurangannya, suspek bertindak membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya diculik.

Walaupun tiada kesan pada pergelangan tangannya yang diikat, polis difaham kan turut membawanya ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada pagi semalam.

Menurut polis, suspek turut mengaku telah membuat laporan palsu tersebut.

- TBP

sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger