Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.
Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
MANGSA terpaksa menahan kesakitan sementara menunggu anggota bomba mengeluarkan tiang lampu dari perutnya.
"Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.
"Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu," katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut. - myMetro
Post a Comment