Home » » Sarawak ; Teman Lelaki Ugut Bunuh Ibu Mangsa, Pelajar Dirogol

Sarawak ; Teman Lelaki Ugut Bunuh Ibu Mangsa, Pelajar Dirogol

Written By Unknown on 17/07/2014 | 10:56 pm


MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama.

Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek.

Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol.

- BERNAMA

foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger