Susulan kejadian wanita mengamuk kerana keretanya dilanggar oleh seorang warga emas yang kini dikenali sebagai Sim Siak Heong, sebuah kelab khusus untuk pemilik kereta jenis Peugeot ingin membantu kedua-duanya sekali.
Peugeot Club Malaysia melalui laman Facebook rasminya berkata mereka tidak akan membiarkan keganasan berlaku kepada manusia atau kenderaan dalam mana-mana keadaan. Mereka juga akan membayar segala kos baik pulih untuk kereta milik Siak Heong.
"Uncle, kami ingin membantu anda [dengan membawa kereta] ke bengkel yang disyorkan kami dan akan membayar segala kos baik pulih."
Kelab berkenaan turut berkata ada beberapa kelas pengurusan kemarahan untuk pemandu wanita yang terlibat dan mereka juga akan membayar segala kos kelas itu.
Terdahulu, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membayar kos baik pulih kenderaan lelaki warga emas itu kerana sifat empati yang ditunjukkannya. - Astro Awani
Post a Comment