Home » » Perak : Pajak Anak Untuk Bayar Saman Trafik

Perak : Pajak Anak Untuk Bayar Saman Trafik

Written By Unknown on 11/07/2014 | 11:11 am

Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Berikutan itu, pemandu bas, Nages Roa, 38, dan isteri, K Kanagavalli, 31, membuat aduan di Balai Polis Malim Nawar pada 26 Jun lalu.

Kanagavalli berkata, dua hari selepas menyerahkan bayinya sebagai cagaran untuk pinjaman itu, dia ingin mengambil semula bayi berkenaan untuk dibawa menjalani pemeriksaan perubatan bagi mendapatkan vaksin seperti ditetapkan oleh pihak HRPB.

“Bagaimanapun, wanita itu enggan menyerahkan bayi kami dan sehingga kini, kami gagal mengesannya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

BH

Biaqpila

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger