Home » , » Kenapa Khalid Ibrahim Hadir Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Selangor?

Kenapa Khalid Ibrahim Hadir Majlis Berbuka Puasa Anjuran UMNO Selangor?

Written By Unknown on 11/07/2014 | 10:59 am

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, malam ini mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."
Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, malam ini.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
"(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. - Bernama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger