Selama ini kita sebenarnya tahu bahawa pembangkang banyak campur tangan dalam pentadbiran dan hal ehwal dalaman beberapa universiti dalam negara kita. Namun begitu, kerajaan tidak pernah memperbesarkan isu ini memandangkan universiti-universiti ini merupakan pusat pengajian yang menjadi tempat anak bangsa mendapatkan ilmu dalam proses mempersiapkan diri menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Namun begitu baru-baru ini pakatan pembangkang bagaikan cacing kepanasan mempersoalkan tanpa henti isu pemberhentian pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) untuk mencemarkan imej kerajaan. Mereka menuduh kerajaan campurtangan hanya kerana hasil kerja Redzuan di Umcedel kononnya telah memberi tanggapan buruk kepada Barisan Nasional (BN). Hasil kajian UMcedel kononnya menunjukkan perdana menteri ketinggalan di belakang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Post a Comment