Polemik pembohongan Lim Guan terus akan didedahkan satu persatu. Baru-baru ini hasrat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku (Ku Nan) sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang komited membantu golongan gelandangan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’ telah “diperlekehkan” oleh para pemimpin pakatan pembangkang terutamanya Lim Guan Eng.
Oleh itu Lim Guan Eng telah menbuat kenyataan bahawa Pulau Pinang kononnya tidak menangkap para gelandangan. Mereka kononnya diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih samada untuk hidup di rumah perlindungan ataupun di tepi jalan. Namun ini merupakan antara pembohongan terbesar Guan Eng yang berjaya didedahkan dalam usaha beliau cuba memburukkan imej kerajaan Barisan Nasional seolah-olah tidak berperikemanusiaan.
Post a Comment