Tania Billingsley, wanita yang menuduh diplomat Malaysia Muhammad Rizalman Ismail menyerangnya di rumahnya di New Zealand pada Mei hari ini berkata, tindakan Rizalman meninggalkan negara ini tanpa kehendaknya.
Bercakap kepada TV3 New Zealand untuk pertama kali sejak insiden itu, Billingsley, 21, merasakan pihak berkuasa negara itu tidak menangani aduannya dengan cukup baik. “Saya dapat panggilan dan ia seperti, 'ya, kami baru dapat tahu dia sudah pergi hari ini',” katanya. “Sudah tentu saya kecewa dan marah kerana daripada awal saya kata saya mahu dia tinggal di New Zealand dan ditahan secara telus di sini.”
Tania Billingsley (dua dari kiri)
Dalam kes yang mendapat perhatian antarabangsa itu, Rizalman ditahan pada 9 Mei dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas dakwaan cuba memecah rumah dan cuba melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita 21 tahun.
Beliau bagaimanapun belum dibicarakan dan dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei selepas pertikaian isu diplomatik, dan mencetuskan kemarahan ramai di New Zealand selama lebih sebulan selepas dilaporkan pada 28 Jun.-MK/9 Jul 2014
sumber
Post a Comment