Home » » #MH17 : Wartawan Usik Cebisan Mayat Dengan Kayu

#MH17 : Wartawan Usik Cebisan Mayat Dengan Kayu

Written By Unknown on 26/07/2014 | 10:30 pm

"Cebisan kulit dengan kesan terbakar itu kemudiannya diangkat oleh wartawan tersebut dengan menggunakan sebatang kayu"

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan 'Malaysian Gazette' telah dikritik hebat di laman media sosial kerana mengusik cebisan kulit manusia yang ditemuinya ketika membuat liputan di lokasi pesawat MH17 terhempas.

Tindakan wartawan itu mula diketahui umum menerusi paparan sebuah video yang bertajuk ‘MH17 - Cebisan Kulit di Lokasi Nahas’ yang dimuatnaik ke akaun YouTube Malaysian Gazette.

Di dalam video itu, wartawan berkenaan dilaporkan berkata “Malaysia Gazette telah menjumpai cebisan yang dipercayai kulit manusia di lokasi MH17 terhempas.”

Turut dilaporkan bahawa cebisan kulit dengan kesan terbakar itu kemudiannya diangkat oleh wartawan tersebut dengan menggunakan sebatang kayu.

Video dimuatnaik ke akaun YouTube Malaysian Gazette pada 23 Julai tetapi kini telah dipadamkan.

Video itu turut dikutuk oleh beberapa penulis blog.

Antaranya blog Uppercaise yang mengecam perbuatan itu dengan berkata "Malaysia kini boleh berbangga dengan pencapaian antarabangsa yang baru: tersenarai di dalam 'MH17 Journalism Hall of Shame'.

Tindakan itu turut mendapat reaksi marah oleh pengguna media sosial.

Dear @MalaysiaGazette - is this indeed your chief reporter? - http://t.co/uK8txg1MBe - MEMALUKAN!!!!
— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) July 25, 2014

@NadiaAzlan yup semalam dah kecoh. Malaysian Gazette kan. Memalukan nama wartawan & Malaysia -__-
— Faizal (@f4izalhassan) July 26, 2014

Siapa bagi Malaysia Gazette masuk ke lokasi nahas #MH17dan kemudian reporternya dok usik cebisan kulit dan daging mangsa? Apa ni?
— Ramadhan 1435 (@ibnukhusairy) July 25, 2014

Kalau yg dikuis2 tu cebisan jenazah rakyat #Malaysia dalam#MH17 tu apa nak jawab pd famili. Ya Allah, mcm menghina jer.
— Ramadhan 1435 (@ibnukhusairy) July 25, 2014

Does Journalism must be heartless or completely idiot. watch the Malaysian Gazette on the #MH17 crash site..http://t.co/7eG5QEE8dE
— shamshir (@ishamshir) July 25, 2014

- b&wnewswire

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger