Luahan sedih Tengku Alang Reza di FB atas kehilangan Teman Wanita nya Regina Soosalu, warga Estonia teman wanita seorang kerabat diraja ditemui dibunuh di Pulau Rawa, Mersing.
Ia menimbulkan persoalan kerana pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai pulau itu pada 1 Julai lalu, setelah tiba di pulau berkenaan. Namun polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan “mencurigakan” pada badannya.
Setakat ini dua lelaki direman oleh mahkamah Kota Tinggi kerana kes tersebut dan seramai tujuh individu dibawa untuk membantu siasatan.
Menurut laporan mStar, Tengku Alang Reza Ibrahim yang dikatakan teman Regina Soosalu mendiamkan diri berhubung kematian itu di akaun Facebooknya sehingga Selasa. Sumber memberitahu bahawa dia amat terganggu untuk menceritakan mengenai perkara tersebut.
Tengku Alang Reza menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi paling buruk di dalam hidupnya”.
“Cinta saya, Regina meninggal dunia pada 1 Julai lalu, di bulan suci Ramadan. Dia adalah cinta hati saya, rakan baik saya, dan saya akan terus menjadi inspirasi buat saya,” kata Tengku Alang Reza di Facebooknya.
“Hatinya dipenuhi dengan kehebatan, cinta dan belas kasihan untuk semua mahkluk dan kehidupannya sendiri.”
Hanya kata-kata berikut, kata-kata ungkapan selamat tinggal Tengku Alang Reza kepada Regina Soosalu.
“kata-kata tidak dapat meluahkan kekosongan dan kesengsaraan yang saya rasai. Hanya ucapan perpisahan buat masa ini, tidak akan selamat tinggal. Hingga kita berjumpa lagi, saya mencintaimu My Baby, akan sentiasa di hati saya.” sumber
Post a Comment