Home » , » Cabaran DAP Untuk Mengulangi 13 Mei:  Kemuncak Usaha Rampas Kuasa Politik Melayu

Cabaran DAP Untuk Mengulangi 13 Mei:  Kemuncak Usaha Rampas Kuasa Politik Melayu

Written By Unknown on 09/07/2014 | 7:00 am


Seperti yang kita sedia maklum, kegagalan DAP merampas kuasa politik Melayu dalam peristiwa 13 Mei bukan bermakna mereka telah melupakan hasrat itu. Sebaliknya, cita-cita untuk menjadikan tanah air ini milik mereka tidak pernah padam. ‘DAP’ yang disebut di sini merujuk kepada bangsa Cina.

Benar, bahawa di dalam DAP itu terdapat kaum Melayu dan India. Dan benar juga bahawa yang lantang mencabar kepada 13 Mei ialah seorang India, iaitu P.Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. P.Ramasamy dalam kenyataan di laman sosial, telah membuat cabaran itu sebagai menyahut peringatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kita semua mengambil iktibar dari 13 Mei serta tidak melakukan sesuatu yang mampu mengulanginya.

Nampaknya, P.Ramasamy sama juga seperti beberapa kerat Melayu lain di dalam DAP yang fungsinya hanyalah sebagai penyamaran sifat rasis Cina DAP dan juga alat untuk melaga-lagakan sesama sendiri.

P.Ramasamy telah terlupa bagaimana pemimpin atasan DAP memanipulasi undi CEC dengan meminggirkan kaum India dari senarai perwakilan. Beliau juga lupa bagaimana DAP merampas tanah penduduk Kampung Pokok Assam yang terdiri dari kaum India.

Dalam keghairahannya menikmati kerusi empuk Ketua Menteri II, beliau telah menipu diri sendiri bahawa DAP akan berlaku adil pada kaumnya jika parti itu berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan memerintah negara ini.

Kaum India yang memilih untuk percaya bahawa DAP hanya memusuhi Melayu dan bukan mereka, telah membuat kesilapan besar. Sesungguhnya, DAP tidak peduli akan nasib kaum India dan sekiranya 13 Mei berulang semula, kaum India hanya akan digunakan sebagai barisan hadapan sementara kaum Cina menyelamatkan harta benda mereka.

Biarpun ramai dari kedua kaum ini yang mungkin sama-sama menganut agama Kristian atau merayakan perayaan keagamaan bersama, namun, gereja India dan gereja Cina tetap berbeza. Begitu juga tokong yang disembah juga berbeza.

P.Ramasamy jelas tidak sedar bahawa dirinya sedang dipergunakan untuk mencetuskan huru-hara dan pertumpahan darah dalam negara. Namun persoalan di sini bukan tentang kenapa P.Ramasamy sanggup menjadi pencetus, tetapi tentang kenapakah DAP begitu berani mengemukakan cabaran sedemikian?

Kesungguhan DAP untuk mencetuskan 13 Mei dapat dilihat dengan jelas sejak kekalahan PR dalam PRU-13. Mungkin DAP telah menerima hakikat bahawa Pilihanraya tidak mampu merealisasikan impian mereka untuk merampas negara ini dari orang-orang Melayu. Justeru, mereka nekad untuk melakukan cara yang paling terdesak bagi memenuhi keinginan yang terdesak juga, iaitu cara keganasan.

Untuk itu, mereka perlu memastikan 1. Mereka tidak dipersalahkan dan 2. Mereka tidak akan kalah lagi.

Pastinya, mereka telah mengkaji semua kekuatan Melayu dari kuasa politik, kuasa Raja-raja sehinggalah ketenteraan. Kerana itulah kita melihat mereka menjadikan ketiga-tiga perkara ini sebagai sasaran secara intensif. Saban hari, ada saja usaha untuk memburukkan Institusi Raja, menimbulkan keraguan terhadap sistem pertahanan negara serta menyerang ahli-ahli politik Melayu tanpa henti. Semua ini dilakukan dengan terancang sekali, bermula dengan kejayaan mereka mendesak kerajaan menghapuskan Akta-akta yang berkenaan.

Hari ini, mereka semakin galak memainkan isu agama dengan begitu biadap dan berani. Keberanian mereka menunjukkan seolah-olah mereka telah mendapat jaminan keselamatan atau bantuan dari luar.

Baru-baru ini, Malaysian Insider melaporkan wawancara melalui telefon dengan seorang wakil PBB mengenai isu kalimah Allah. Seperti yang dijangka, wakil tersebut, Heiner Bielefeldt telah membuat kenyataan memihak kepada Kristian.

Usaha menghubungi PBB walaupun kes telah selesai di mahkamah, membuktikan bahawa percubaan untuk terus menghidupkan isu itu masih berjalan. Tujuannya tentulah tidak lain tidak bukan untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia secara berterusan. Dengan PBB kini berada dalam gambaran, ia juga menunjukkan akan kemungkinan ‘jaminan’ yang diterima oleh DAP adalah ‘melangkaui sempadan Singapura’.


DAP tidak akan berani untuk mencabar mengulangi 13 Mei jika tiada jaminan terhadap kemenangan mereka. Ini adalah sesuatu yang pasti. Apa yang kita tidak pasti ialah sejauh mana kesedaran dan kepekaan kepimpinan negara dalam membaca gerak geri musuh? Hanya kerana mereka juga adalah rakyat Malaysia, tidak bermakna mereka bukan musuh. Dan musuh yang paling bahaya adalah pengkhianat di kalangan kita.

Hari ini, musuh sudah mendahului kita lebih seribu langkah. Kita tidak mampu untuk terus menerus menafikan yang mereka adalah musuh.

Setakat ini, kita masih tidak melihat sebarang usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghentikan segala hasutan dan provokasi.

Perlu diingatkan bahawa tindakan ‘mengalah’ dan ‘meminta maaf’ telah terbukti tidak mampu memulihkan keadaan. Sebaliknya, ia menambahkan lagi sakit hati dan kebencian. Tindakan ‘membeli’ juga tidak membawa apa-apa makna jika hati terus sakit dan benci.

Peringatan Tan Sri Muhyiddin amatlah tepat pada masanya, sekali gus meyakinkan kita bahawa beliau cukup peka dan sedar dengan apa yang berlaku hari ini.

Harapan kita agar beliau mampu mengatur strategi menguatkan kembali kedudukan kita dengan pertama sekali mengembalikan dan menguatkuasakan segala Akta yang perlu, demi keselamatan dan keamanan negara.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger