Home » » Bazaar Ramadhan: Antara Melayu Liberal & Usahawan Melayu.

Bazaar Ramadhan: Antara Melayu Liberal & Usahawan Melayu.

Written By Unknown on 09/07/2014 | 7:30 am


Sebelum tahun 1511 orang Melayu merupakan golongan penjelajah dan pedagang yang amat disegani di seluruh dunia. Dari Timur sampai ke Barat orang Melayu amat-amat dihormati dikalangan pedagang asing. Ini menjadikan negeri-negeri di Tanah Melayu pada ketika itu cosmopolitan kuno yang menurut Sejarah sama taraf dan sama megah dari kerajaan-kerajaan tua lain di Asia & Eropah. Bahasa Melayu pula dijadikan lingua franca bagi tujuan perniagaan dan perdagangan dunia. Ini membuatkan Bangsa Melayu dikagumi dan dihormati oleh dunia.

Mungkin agak sukar untuk kita bayangkan kerana kita semua lahir dizaman yang begitu berbeza dimana orang Melayu tidak lagi gagah di dalam dunia perniagaan dan perdagangan. Walaupun kita telah bebas Merdeka pada tahun 1957, kita masih lagi dijajah dengan ketakutan yang telah ditanamkan oleh penjajah ke dalam diri dan sanubari kita. Sedar tak sedar telah 400 tahun kita dijajah sebelum di”merdeka”kan oleh barat. Kesannya kita dapat rasai sehingga kini.

Namun begitu, orang Melayu bertatih semula dalam dunia perniagaan. Bermula dengan kecil-kecilan, ramai orang Melayu cuba untuk keluar dari kepompong ketakutan untuk menyertai dunia perniagaan. Ya, ianya memerlukan keberanian yang amat tinggi tapi genetik kita tidak dapat menidakkannya, orang Melayu bakal muncul kembali gagah di dalam dunia perniagaan satu hari nanti.

Kini kita lihat, bazaar ramadhan, uptown, downtown dan pelbagai lagi usaha orang-orang Melayu untuk bangkit berniaga semula. Tentangannya bukan sedikit, cabarannya bukan sekelumit. Dari bazaar ramadhan dan uptown-uptown di seluruh Malaysialah wujudlah satu gerakkan perniagaan orang Melayu yang mula mengorak langkah perusahaan mereka.

Namun wujud dikalangan orang Melayu yang berfahaman liberal yang tidak suka dengan kemajuan ini. Semua perkara yang di buat oleh orang sebangsa dengan mereka dianggap lekeh dan tidak berkualiti. Mereka seakan-akan dengki dengan kejayaan para peniaga Melayu. Mereka benci dengan Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Ali Hashim dan yang pelikknya dengan peniaga-peniaga kecil seperti usahawan-usahwa Bazzar Ramadhan pun mereka iri hati.

Tidak dinafikan bahawa golongan seperti ini tidak ramai, tapi pengaruhnya amatlah kuat. Contoh yang kita boleh lihat adalah apabila seorang selebriti yang keliru jantinanya mengatakan makanan yang dijual di bazar Ramadhan sama taraf dengan sampah. Apa dengkinya dengan peniaga Bazzar Ramadhan tidaklah diketahui oleh penulis, tapi inilah hakikatnya.

Bukan sahaja individu yang membenci peniaga-peniaga Melayu, ada sesetengah pihak berkuasa tempatan pun bertindak seperti anti Melayu dan tidak senang melihat orang Melayu berniaga. Contohnya terdapat di negeri Selangor Darul Ehsan. Di mana gerai-gerai orang Melayu dirobohkan sesuka hati oleh pihak berkuasa. Sedangkan sekiranya bangsa lain yang meniaga pihak berkuasa tempatan akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ia telah menjadikan orang Melayu bagai orang asing di tanah sendiri.

Oleh itu, sebagai orang Melayu, kita wajar bangkit dan bantu membantu sesama sendiri. Kita tolak jauh-jauh mereka yang malu dengan bangsa Melayu. Kita bantu produk dan perniagaan Melayu agar suatu hari ini, walaupun ditentang dengan pelbagai cabaran, orang Melayu akan menjadi semaju nenek moyang kita seperti zaman kegemilangan Empayar Melayu Melaka.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger