Home » » Ambiga Ketuai Pertubuhan Haram Yang Baru - "Negara-ku"

Ambiga Ketuai Pertubuhan Haram Yang Baru - "Negara-ku"

Written By Unknown on 27/07/2014 | 3:39 pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Gerakan Rakyat Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-Ku) yang dipimpin oleh aktivis pembangkang, Datuk S. Ambiga merupakan sebuah pertubuhan yang tidak sah.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Pendaftaran (ROS) tidak menerima sebarang permohonan untuk mendaftarkan Negara-Ku maka organisasi itu sebuah pertubuhan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

“Rekod yang disemak oleh ROS mendapati tiada sebarang permohonan daripada Negara-Ku bagi tujuan permohonan pendaftaran pertubuhan. Oleh demikian Negara-Ku adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid bagaimanapun turut memaklumkan jika permohonan pendaftaran tersebut dibuat kepada ROS, penggunaan nama Negara-Ku tidak bersesuaian kerana ia hak milik negara.

Jelasnya, Negara-Ku merujuk kepada lagu Negaraku yang telah diiktiraf sebagai lagu kebangsaan di bawah seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Justeru, katanya, ia boleh mengelirukan orang awam dan oleh itu selaras Seksyen 7 (3) (d) (i) dan (iii) Akta Pertubuhan 1966 ia tidak wajar didaftarkan.

Tegas beliau, setiap pertubuhan yang hendak menjalankan aktiviti secara sah di dalam negara perlu berdaftar dengan ROS seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa pertubuhan yang menjalankan aktiviti tanpa berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

“Mana-mana pertubuhan yang tidak memenuhi keperluan Seksyen 7 tersebut boleh diambil tindakan sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 41(1) (b),” tegas beliau lagi.

Share this article :

+ comments + 2 comments

7/27/2014 3:48 pm

Penat dah dengo cita pertubuhan haram ni...apa saja aktiviti mereka bt tak ada tindakan pun dr kerajaan!

7/27/2014 3:56 pm

Betul tu baik tak payah keluar artikel ni buang masa kitorg je...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger