Dua gambar di atas menjadi viral di media sosial Facebook semalam apabila keraeta Mercedes Benz S300L kelabu bernombor pendaftaran PG1 milik Ketua Menteri Pulau Pinang, telah meltakkan parking di tempat yang dikhaskan "No Parking, Drop Off Only" di Kompleks Penang Times Square semalam. Di dalam sidang media Setiausaha Agung DAP itu, beliau memberi alasan bahawa pemandunya telah diarahkan untuk meletakkan kenderaan di situ, jadi ianya bukannya menjadi satu kesalahan.
Tambahnya, lagi, kenderaannya telah diletakkan di tempat persendirian dan bukannya di tempat awam. Tahniahlah. Seorang Ketua Menteri terpaksa buat sidang akhbar untuk menjelaskan kesalahannya meletakkan parking. Tinjauan hari ini mendapati, tempat parking persendirian Ketua Menteri itu sudah pun ditutup.
Kejadian ini bukanlah kes kali pertama kenderaan berkenaan tersalah parking. Ogos tahun lepas, pengguna Facebook yang sama, Tan Khai Beng, telah mengambil gambar kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang ini yang bernombot PG1 telah diletakkan di tempat "clamping zone" di Lebuh Cambell. Gambar pengguna Facebook ini menjadi viral dan mendapat liputan meluas dari media cetak.
Bicaraperjuangan
Post a Comment