SEREMBAN: Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah,15, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita UMNO sedia menimbang untuk mengambil remaja berkenaan menjadi anak angkat seandainya tiada pihak mahu menjaganya.
"Dari segi penjagaan,kita sedia untuk mengambil Firdaus sebagai anak angkat. Selepas kisahnya disiarkan media, saya rasa terpanggil untuk membuat lawatan.
"Kita ada 1.3 juta ahli di seluruh negara, kita mahu orang ramai membuat laporan terus kepada Wanita UMNO jika takut untuk menghubungi agensi penguatkuasa seandainya ada kes seumpama ini lagi," katanya.
Shahrizat berkata demikian semasa sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tunku Jaafar di sini.
BERITA LANJUT MENYUSUL
astroawani
Post a Comment