Kita sedar bahawa industri makanan negara diceburi oleh berbilang kaum dan berlainan agama. Oleh itu penting bagi pihak pengguna yang beragama Islam mempunyai satu garis panduan penting yang dipantau oleh sebuah badan yang berwibawa. Dalam negara kita JAKIM memainkan peranan yang cukup besar untuk memastikan umat Islam negara dapat menikmati “syurga” makanan negara tanpa was-was apabila kita melihat logo yang diiktiraf oleh JAKIM.
Sijil dan logo halal ini bukan sahaja memberi jaminan kepada masyarakat Islam bahawa sesuatu makanan atau produk itu halal mengikut syarak tetapi ia juga mempunyai implikasi yang cukup besar kepada industri dan pengusaha makanan negara.
Post a Comment