Sejak lebih seminggu lalu, bandar ini menyaksikan fenomena rama-rama apabila menerima 'kunjungan' serangga itu dalam jumlah yang banyak daripada kebiasaan sehingga menarik perhatian ramai.
Situasi itu juga dapat ditonton di seluruh negara ketika siaran langsung perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Darul Makmur, Jumaat lalu yang turut mencuri tumpuan pengulas.
Fenomena kewujudan rama-rama berwarna hitam dan bertompok atau berjalur sedikit putih itu menjadi topik perbualan ramai penduduk daerah ini melihatkan kepada jumlahnya yang begitu banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Ketika diminta mengulas fenomena itu, Pensyarah Pusat Pengajian Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman berkata, terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan iaitu kekurangan pemangsa di samping cuaca yang sesuai untuk pembiakan rama-rama jenis Lyssa berkenaan.
Katanya, berikutan perubahan persekitaran seperti jumlah hutan yang semakin berkurangan dan banjir besar akhir tahun lalu, banyak pemangsa seperti burung dan serangga lebih besar yang menjadikan ulat bulu sebagai makanan semakin berkurangan.
"Ini menyebabkan ulat bulu dapat melalui pusingannya menjadi rama-rama sehinggalah datang dalam satu jumlah besar.
"Tempoh Mei hingga September memang waktu rama-rama jenis ini iaitu Lyssa mengawan, di mana-mana pun ada tetapi kali ini jadi perhatian sebab jumlahnya," katanya.-utusan

Post a Comment