“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,”
ITU kata ibunya...
Persoalannya ;
Lihat saja foto semasa adik istimewa ini ditemui..inikah RUPA anak yang kita kata kita JAGA ?!!
Allah telah tunjukkan kudratNya..15 tahun adik istimewa ini d biarkan macam binatang..macam haiwan..Allahhurabbi..lihat saja pakaiannya yang REPUT !! lihat saja badannya dah macam mayat..namun Allah jaga beliau dan Allah selamatkan beliau..entah apa hikmah yang Allah nak tunjuk kat kita semua..
Bagi Aakj, Allah nak tunjukkan betapa manusia ini ada HAD..ada LIMIT perasaan kasih sayang walaupun pada anak sendiri..manusia takkan mampu mengatasi sifat Allah yang MAHA PENYAYANG !!
Semoga Allah ampunkan dosa ibu dan bapanya..aminnn
Post a Comment