Home » , » Wan Azizah Tolak Tangan Anwar Ibrahim Di Majlis Kenduri Kahwin Di Changkat Jering!!!

Wan Azizah Tolak Tangan Anwar Ibrahim Di Majlis Kenduri Kahwin Di Changkat Jering!!!

Written By Unknown on 04/05/2014 | 9:00 pm




Kesian benar pasangan suami isteri yang cukup terkenal dan glamour ini!

Antara penyakit paling besar yang dihidap oleh Anwar Ibrahim adalah gila untuk menjadi masyhur. Dibuatnya pelbagai perkara dan onar, semata-mata untuk mendapatkan kemasyhuran itu. Dia tidak pernah peduli apa yang ditanggapi, malah dia tidak pernah ada perasaan malu atau aib kerana yang penting baginya adalah kemasyhuran. Malah Anwar Ibrahim sentiasa berasakan, dia boleh menipu sesiapa sahaja dan semua orang akan tertipu dengan gelagat serta kata-katanya.

Jam 1:25 tengah hari sehingga jam 2:25 petang, di Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping, Anwar Ibrahim dan isterinya, Wan Azizah telah menghadiri majlis perkahwinan anak Ismail bin Yusof, bekas Pengerusi PKR Cabang Bukit Gantang. Majlis resepsi tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 800 orang dan antara pemimpin utama PKR yang turut hadir adalah Fauziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan.





Hendak dijadikan cerita, empat kali DJ majlis tersebut mengumumkan ketibaan Anwar dan Wan Azizah, namun para hadirin langsung tidak mempedulikan pengumuman tersebut. Tidak sebagaimana yang dijangkakan oleh Anwar, tiada sesiapa pun yang berlari-lari mengejar, mendakap, memeluk, mencium pipinya, mahupun bersalaman dengannya kecuali segelintir kecil.

Menariknya, salah seorang daripada segelintir kecil yang bersalaman dan bergambar dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah adalah seorang penjawat awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

Anwar dan Wan Azizah datang secara berasingan ke majlis tersebut. Anwar Ibrahim menggunakan kereta Mercedez S350 yang bernombor pendaftaran KCD 77 manakala Wan Azizah pula menggunakan Toyota Camry yang bernombor pendaftaran KCP 7777.









Paling menarik ialah reaksi yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu sesama sendiri. Daripada riak wajah dan bahasa tubuh kedua-duanya, ada sesuatu yang tidak kena antara mereka. Senyuman dan kemesraan yang ditunjukkan kepada hadirin kelihatan terlalu dibuat-buat. Ketika makan bersama, Wan Azizah kerapkali berpaling ke arah lain dengan wajah masam walaupun Anwar Ibrahim cuba berlakon memperlihatkan sifat romantisnya yang dibuat-buat dan tidak bersahaja. Paling ketara ialah apabila Anwar cuba menyentuh tangan Wan Azizah tetapi Wan Azizah menariknya dengan pantas sekaligus menunjukkan yang Wan Azizah tidak membenarkan Anwar menyentuhnya.

Di kalangan hadirin yang melihat situasi tersebut yang rata-rata merupakan penyokong PKR, turut berbisik-bisik sesama sendiri memperkatakan tentang gelagat kedua-duanya. Yang lebih nakal bertanya kawan di sebelah;

"Apa lagi kes? Anwar buat hal dengan jantan mana pulak kali ini?"


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger