“Kerajaan persekutuan BN bukan satu pemerintahan kuku besi... Sebagai ketua setiausaha kepada kerajaan, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan,” katanya.- - dalam Malaysiakini
Gerakan cuba untuk menampilkan diri mereka sebagai hero demokrasi kerana terdesak utk mendapat perhatian rakyat yang sudah semakin melupakan mereka. Jadi, mereka mengalihkan muncung senjata mereka yang sepatutnya terarah kepada DAP Pulau Pinang kepada kakitangan awam yang ikhlas menjalankan tugas spt KSN demi mengekalkan nama mereka relevan di persada politik tanah air.
Sememangnya kakitangan awam juga adalah rakyat yang berhak menyokong mana2 parti yang disukai mereka, tetapi sokongan itu hanya perlu diterjemahkan kepada undi menjelang pilihanraya dan bukannya dengan menyalak dan berarak di demonstrasi jalanan demi seorang peliwat.
Arahan ini adalah arahan neutral kerana ia kekal sama sekalipun yang memerintah adalah Pakatan Rakyat satu hari nanti.
Jadi Gerakan, jika sekalipun anda terdesak mahu menjadikan parti anda kekal relevan, tidak perlu untuk merendahkan lagi martabat anda dengan menyerang kakitangan awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang hanya menjalankan tugas. Sila jadi anak jantan dan lawan dengan DAP Pulau Pinang dan bukan menyokong anai-anai yang mensabotaj agenda kerajaan BN.
+ comments + 2 comments
PARTI GERAKAN masih ujud ke..?
terima kasih tuan.
Post a Comment