Home » » Terkini : Pesawat Singapore Tergelincir Ketika Mendarat

Terkini : Pesawat Singapore Tergelincir Ketika Mendarat

Written By Unknown on 22/05/2014 | 4:07 pm

SINGAPURA, 22 Mei:

Sebuah pesawat penerbangan Singapore tergelincir di landasan ketika mendarat semasa hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar, tetapi tiada kecederaan dilaporkan, lapor syarikat penerbangan itu.

Pesawat Airbus A330 “berdepan hujan lebat dan terpesong sedikit dari landasan ketika melakukan pendaratan” yang dijadualkan mendarat pada pukul 9.20 pagi (0250 GMT), Rabu, sebelum ia dikawal kembali dengan selamat, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Pesawat penerbangan harian SQ998 ke Myanmar itu membawa 265 penumpang dan anak kapal, kata syarikat penerbangan itu kepada AFP.

The Rakyat Post BM Version

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger