Home » » Seremban Terkini : Isteri Bantu Suami Rogol Amah

Seremban Terkini : Isteri Bantu Suami Rogol Amah

Written By Unknown on 22/05/2014 | 3:58 pm

Akibat bimbang rahsia suaminya merogol seorang amah terbongkar, seorang wanita bertindak membuat laporan palsu mendakwa pembantu warga asing itu mencuri barang kemas miliknya.

 Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yang mempunyai permit kerja diserahkan wanita berusia 54 tahun itu kepada polis di Rembau kerana didakwa mencuri di rumahnya di Rasah Kemayan, Seremban.

Sumber berkata, sebaik laporan polis diterima, penyiasatan mendapati amah itu bukan saja dirogol, malah turut didera lelaki durjana berusia 64 tahun itu.

"Hasil siasatan mendapati, amah itu dipaksa bekerja di dua rumah majikannya, di Rembau dan Rasah Kemayan.

"Bagaimanapun, sebaik semua penhuni rumah tidur, suspek mengambil kesempatan merogol remaja berkenaan," katanya kepada wartawan di sini, semalam.

Kata sumber, gadis itu mendakwa dia baru tiga bulan bekerja di rumah pasangan itu.
"Sejak bekerja di rumah itu, gadis tersebut mendakwa dia sudah beberapa kali dirogol sebelum kejadia itu akhirnya disedari isteri suspek.

"Isteri suspek yang dipercayai mahu menutup kejadian itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Rembau sebelum menghubungi pihak polis dan menuduh gadis terbabit mencuri beberapa barang kemas miliknya selain tidak mempunyai permit," katanya.

Katanya, polis melakukan siasatan lanjut dan terkejut apabila gadis mendedahkan dia sebenarnya menjadi mangsa rogol majikannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan sedang dijalankan.

"Polis akan menyiasat dakwaan mangsa dan memaklumkan kepada pihak keduataan. Wakil kedutaan dipanggil dan dan datang berjumpa dengan pegawai penyiasat kelmarin.

"Susulan itu, polis menahan suspek terbabit dan dia direman tujuh hari sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Polis juga akan mendapatkan laporan perubatan mangsa," katanya.

Foto hiasan

- isukebabo

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger