Home » » Terkini : Beberapa Penjelajah KE7B Felda Greenland Alami Batuk Berdarah

Terkini : Beberapa Penjelajah KE7B Felda Greenland Alami Batuk Berdarah

Written By Unknown on 10/05/2014 | 3:04 pm

Beberapa Penjelajah Greenland Alami Batuk Berdarah

EKSPEDISI lapan penjelajah Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland kini sudah memasuki hari ke-11 penjelajahan mereka.

Setakat ini, kesemua mereka sudah merentasi jarak 150 kilometer pulau ais terbesar dunia itu.

Bagaimanapun, ketua ekspedisi, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin memberitahu ada di kalangan penjelajah yang mengalami sedikit masalah kesihatan.


“Saya mendapat makluman daripada jurupandu di sana melalui Adventure Consultant bahawa beberapa penjelajah mengalami batuk berdarah dipercayai kerana faktor cuaca dan kekurangan air di dalam badan.

“Bagaimanapun penjelajah terlibat telah diberi ubat berkaitan. Sekretariat di sini menunggu perkembangan lanjut daripada penjelajah. Apapun kita mengharapkan perkembangan positif daripada setiap penjelajah.

“Antara perkara lain yang menyebabkan mereka mengalami batuk adalah kerana cuaca sejuk melampau, selain terdedah dengan keadaan angin dan cuaca yang tidak menentu,” jelasnya.

Namun, para penjelajah akan dibenarkan meneruskan perjalanan selagi keadaan fizikal, mental dan kesihatan mereka berada pada tahap yang mengizinkan.

Lapan penjelajah tersebut terdiri daripada Yanizam Mohd Supiah selaku Ketua Penjelajah, Abdul Rahman Abu Hassan (Penolong Ketua Penjelajah), Tahira Najmunisaa Mohd Zaid, Mohd Akasyah Jamaludin, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, Shaiful Hisham Abd Aziz, Muhammad Musaddiq Samsudin dan Muhd Hafizuddin Abdul Muthalib. –Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger