Home » » Foto Pengantin Maut Ditembak Ketika Lafaz Ikrar

Foto Pengantin Maut Ditembak Ketika Lafaz Ikrar

Written By Unknown on 10/05/2014 | 3:15 pm

pengantin

MALANG bagi seorang pengantin perempuan di India apabila dia maut ditembak oleh sepupunya sendiri yang berpura-pura bertindak sebagai jurufoto pada majlis perkahwinannya.

Jaishri Namdeo, 29, yang juga seorang doktor ditembak di tengkuk ketika dia selesai melafazkan ikrarnya bersama suaminya, Rohit Namdeo yang merupakan seorang pakar bedah.




Suspek, Anurag Singh mendakwa dia bertindak demikian kerana Jaishri telah ‘menipu’nya.

Selepas menembak sepupunya, dia cuba menembak dirinya, namun tidak mengenai sasaran.

Para tetamu kemudian menerpa ke arah suspek dan membelasahnya sehingga polis tiba di tempat kejadiannya.


Motif sebenar pembunuhan masih belum dapat dipastikan, namun pihak polis percaya ia mungkin ada kaitan dengan hubungan yang terjalin antara kedua-duanya.



Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger