Kalangan penduduk setempat berkumpul di pekan Ajil di sini petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib yang bertindak keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
Mereka kesal kerana Ghazali yang dipilih berasaskan sokongan mereka terhadap UMNO membelakangkan mereka dengan mengambil langkah drastik bersama-sama dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ekoran berlakunya peralihan kepemimpinan negeri.
Ghazali bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum lalu dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment