
Manusia ni Allah swt memang ciptakan ada kelemahannya..supaya manusia sedar, walau ianya ciptaan terbaik antara makhluk yang Allah swt ciptakan namun ada juga kelemahan..supaya sedar beza antara makhluk dan Penciptanya..
Antara kelemahannya adalah LUPA...dan kelemahan ini amat amat bahaya kerana ianya mampu memusnahkan diri sendiri dan membawa contoh yang tidak baik kepada manusia lain..Bila lupa maka kesan buruk akan berlaku..terburuk..boleh menyebabkan nyawa manusia lain melayang atau nyawa diri sendiri yang jadi mangsa..
Lupa diri..manusia jadi angkuh..lupa tanggungjawab maka amanah diabaikan..lupa kita manusia yang beragama..maka bunuh diri berlaku..
Mat Said juga lupa..lupa tentang bagaimana sukarnya beliau nak dilantik jadi Menteri Besar..saat itu 23 Adun UMNO/BN tidak bersetuju beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu bagi menggantikan Idris Jusoh..
Mat Said lupa ke saat itu agak kecoh dan Majlis Angkat Sumpah terpaksa ditangguhkan? Malah kalau Aakj tak silap..Mat Said siap dikawal rapi oleh anggota keselamatan ketika menuju ke istana..
Aakj malas nak cerita panjang suasana huru hara ketika itu kerana 23 Adun tetap kekal menyokong Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, malah BN Pusat menghantar isyarat yang amat jelas kepada Istana Terengganu agar menerima cadangan bahawa Menteri Besar Terengganu adalah Idris Jusoh. Pak Lah yang menjadi PM ketika itu.
Aakj tak lupa bagaimana saat tu Mat Said 'disembunyikan' buat sementara waktu kerana bahang tidak puashati penyokong Idris Jusoh terlalu kuat. Bimbang tentang keselamatannya maka Mat Said tidak berada di kediamannya..
Namun, akhirnya semua akur bila Mat Said sempurnakan Majlis Angkat Sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris Jusoh ketika itu..
Mat Said lupa ke..ADA ke Adun UMNO/BN ketika itu meletakkan jawatan beramai-ramai?
Mat Said lupa ke Idris Jusoh stay calm and cool walaupun di dakwa membazir dengan acara Monsoon Cup dan inilah kononnya alasan yang membuatkan Idris Jusoh dingin dengan Istana?
Menurut sumber, Mat Said telah bersetuju sebaik saja selepas PRU13 untuk serahkan jawatan Menteri Besar namun meminta masa setahun agar kerja-kerja yang terbengkalai dapat disempurnakan..
PM Najib bersetuju dan selama itulah kalau kita fikir secara logiknya, beliau dah mula susun jadual hidup termasuk Majlis Nikah anaknya..kenapa bila genap setahun seperti yang dijanjikan beliau minta tangguh lagi?
Paling teruk..gunakan alasan "..saya dah khidmat lama dengan UMNO.."..habis tu Mat Said lupa ke rakyat biasa yang juga lama dalam UMNO dah masih setia dengan UMNO hingga kini walau tidak menjadi ketua cawangan pun..nak cari RM30 sehari pun susah tapi masih setia dengan UMNO BN..
Lupakah Mat Said, adakah PM Najib perlu bertangguh dalam soal kepentingan Rakyat Terengganu hanya sekadar alasan tersebut? Lupakah kita sebagai Pemimpin..janji wajib ditepati..amanah wajib dipenuhi?
Kepada yang masih keliru..Aakj nak ulang lagi sekali..Isu ini bukannya Mat Said dipaksa letak jawatan semalam atau setahun yang lepas..beliau sendiri yang berjanji sebaik saja selepas PRU13..tolonglah jangan belitkan isu ni..
Aakj mudah je..kalau dah keluar UMNO maka dia bukan lagi Ahli dan bila dah bukan Ahli UMNO maka dia kena terima bila dikritik, dibongkar kisah silam dan lain-lain..sama macam Anwar...maka kena bersedia..NO MERCY !!
Cuma bila Mat Said kata dia nak jadi Adun Bebas dan Sokong Kerajaan BN maka Aakj simpan dulu apa yang patut hehe..
Kata Tok Guru Aakj : Bila kita dah terlepas cakap maka kata-kata kita itu dah jadi milik orang dan ianya bukan milik kita lagi..maka lahirlah bidalan..terlajak kata..buruk padahnya...
Kita lihatlah nanti...sejauh mana ADUN BEBAS ni nak pergi...Bebas dari tanggungjawab atau Bebas dari apa ya..nak jaga rakyat? hahaha jaga kroni dan anak pinak boleh laa...tunggulah Alasan tahap jamban bakal diberi.." Saya Adun Bebas..Saya tiada peruntukan..Saya hanya makan gaji buta je..."
Post a Comment