Home » » PRK Teluk Intan : UMNO Ipoh Barat Akan Pecat Yammy Samat

PRK Teluk Intan : UMNO Ipoh Barat Akan Pecat Yammy Samat

Written By Unknown on 18/05/2014 | 4:54 pm

Pencalonan Dyana Sofya sebagai Wanita Melayu Pertama yang mewakili Dap kecoh satu Malaysia..bukannya kecoh kerana dia dikatakan cantik..heheh tak la comey sangat..sedap mata melihat hanya kerana rambut karat je..tapi kcoh kerana pelbagai reaksi muncul terutama bila ibu Dyana, Yummy Samat mula buka mulut untuk pertahankan anaknya.

Memang Aakj secara peribadi tak kenal sangat dengan Yummy Samat ni, cuma dengar-dengar beliau pernah calonkan diri bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ipoh Barat dan tewas..

Menurut sumber, Yummy Samat ni memang kaki cari hal kat UMNO Bahagiannya sendiri, kononnya apa yang dibuat Pemimpin UMNO Bahagian takpernah nak betul maka tak hairanlah kalau ibu Dyana keluarkan kenyataan pertahankan sokongan anaknya sebagai Calon Dap bersandarkan alasan "ikatan anak dan ibu takkan putus kerana sokongan"

UMNO pun tak pernah ajar kita buang saudara mara kerana parti, tak pernah didik hingga ceraikan isteri kerana berlainan parti..yang UMNO buat garis panduan adalah jangan kita terjerat dengan mainan parti lawan yang ingin mempergunakan kita..Yummy Samat tidak melihat game yang cuba dimainkan oleh Dap..antara faktor Dyana dipilih jadi calon bukan kerana beliau hebat dalam politik Malaysia selama ini.. Dap hanya nak ambil peluang dari kenyataan ibu Dyana kononnya dari UMNO juga Dyana bakal dapat UNDI..nak pecahkan UNDI !!

Sepatutnya sebagai Ibu dan orang yang matang dengan helah politik pembangkang..Yummy Samat menasihati anaknya..bukannya bangga anaknya jadi Calon Dap yang terang-terang melawan arus kepentingan Hak Melayu dan Islam. Kalau hebat sangat Dap bercakap soal kesamarataan, kenapa hanya 2 orang sahaja Melayu jadi Calon Dap..kenapa tidak samaratakan jumlah Calon mengikut Bangsa?

Aakj mendapat maklumat dari sumber terdekat bahawa UMNO Ipoh Barat bakal mengambil tindakan disiplin terhadap Yummy Samat dan tidak teragak-agak memecat Yummy Samat kiranya beliau turut berkempen untuk Dyana..kita sama-sama lihat nanti..



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger