perghHH dah jadi macam 'fenomena Mawi"..macam artis..macam model dah Calon Dap Pilihanraya Teluk Intan untuk kerusi Parlimen si Dyana ni...kononnya beliau wakil anak muda dalam Parlimen hahaha habisla Nurul Izzah..
Secara peribadinya Aakj cukup kesian dengan Calon Dap ni..lagak bagai dah berpuluh tahun beliau dalam Politik Malaysia..paling teruk yang Aakj dengar, dia jilat licin apa yang Lim Guan Eng cakap..kononnya beliau cabar..TUNJUKKAN BUKTI MANA MELAYU MISKIN DI PULAU PINANG sejak Dap memerintah..adehhh gila ke apa...tak perlulah Aakj nak tunjukkan gambar rumah-rumah orang Melayu di Pulau Pinang..tu belum campur yang kena "halau" cara halus..
Tapi bukan kebodohan Dyana bab ni yang Aakj nak kongsi kat sini..Aakj nak Ahli Pas dan pengundi Islam terutamanya kat Teluk Intan ni fikir dengan hati yang tunduk pada Allah..MAMPUKAH Dyana ni nak BERDAKWAH kepada kepimpinan DAP tentang Islam atau paling tidak menyedarkan mereka tentang HUDUD ?
Bukan nak merendahkan akal Calon Dap ini..kalau kita lihat bagaimana Hadi Awang, Nik Aziz dan Dewan Selonggok Ulama Ciptaan Pas pun bersilat nak terangkan Islam pada Dap..inikan pula anak mentah yang hanya berkelulusan loyar..tambah lagi beliau bukannya best student dalam kelasnya pun..
Kepimpinan Munafik Pas yang selama ini kononnya akan tarbiah Dap kerana mereka rakan kongsi politik pun masih BELUM buat apa-apa lagi..mana kita pernah dengarPas buat dialog atau forum atau seminar khas untuk Pemimpin Dap atau PKR yang kafir..ada ke..kalau ada Aakj terlepas la kot..
Cakap puok Pas ni bergegar tiap kali nak PRU..tiap kali atas pentas ceramah..namun..ada ke mereka serius nak dakwah Dap? Yang Aakj tahu..Karpal sampai mati tentang hudud..Kit Siang, Guan Eng dan seluruh Ahli Dap memang tolak hudud..so..hebat tang mana Dyana nak jalankan misi dari dalam?
Aakj cuma takut..bukan Dyana yang dakwah Dap..tapi Dap yang akan doktrin otak Dyana tentang UGAMA SEMUA SAMA !! Nauzubillah..
Dalam hati Aakj masih berharap Dyana sedar secepat mungkin..Allah Maha Kuasa untuk balikkan hati hati manusia..
Kalau Hindun r.a, isteri kepada Abu Sufian r.a Allah boleh beri hidayat walau bersumpah untuk tidak akan bersama Islam..Allah yang sama akan sedarkan Dyana..itu harapan Aakj..
Kepada Ibu Dyana..walaupun anda jawab politik bukannya alat memutuskan ikatan anak dan ibu namun anda kena waras berfikir, sanggupkah anda dengar suara anak anda menentang Hukum Ilahi?
Lagikan Nabi saw sendiri agak lama dalam liang kubur ketika hendak semadikan jenazah anakanda beliau..inikan pula kita..
Cerita tang Hindun dan Zainab r.a itu anda cari sendiri deh..ianya contoh terbaik bagaimana Allah tarbiah manusia dan ianya contoh hingga kiamat..
Wallahualam..


Post a Comment